tabung ho ho :)

Sunday, November 28, 2010

Pelengkap Hidup- Eren & Romi

LIRIK LAGU PELENGKAP HIDUP

Aku bagai laut 
tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang
yang tak ditemani malam

Melihat dirimu
Ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku 
Teringat aku teringat 
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

Teringat janji lamamu kepadaku 
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari


Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu


Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

----------

suka. suka. suka.. T__T"

Saturday, November 27, 2010

risau.

hmm.. risau. takot. gementar. semua ada.
sedangkan nak masuk dewan exam pun xda la segementar macam nie.
semuanya sebab saya perlu selesaikan sesuatu yang penting besok.aduh...
i'm keep on thinking..
about something.

seorang kawan pesan cakap, kalu kita rasa mcm nie, cari seseorang yang kita rasa selesa untuk berkongsi.
jujurnya, saya juga punya seseorang yang saya rasa selesa. setidak-tidaknya dia boleh melantun kata-kata semangat. & dengan izin Allah, saya tahu saya mampu tersenyum walau dengan sebaris ayat darinya. 
tapi.. tapi..
seseorang yang saya rasa selesa tu tak mungkin sanggup menadah telinga mendengar apa yang bakal saya katakan. apatah lagi nak memberi kata-kata semangat buat saya.

huh.


masa terus bergerak. masa terus berganjak.

dan saya juga harus bergerak, tak boleh di takuk lama lagi..

saya tanamkan azam, saya cekalkan hati. semoga saya mampu berdiri lagi. bangkit dari kegelapan ini.

Thursday, November 25, 2010

every successful person has a painful story. 
every painful story has a successful ending.
just accept the pain & get ready for success.

Tuesday, November 23, 2010

Dr. R. Sivaperegasam P. Rajanthiran. :)

Dr. R. Sivaperegasam P. Rajanthiran..? siapa tu..?

beliau ialah pensyarah lala. merupakan seorang pensyarah kanan di UUM College of Law, Government and International Studies.

dalam banyak-banyak pensyarah, bagi lala dia cukup menarik. maksud lala, menarik dari segi latar belakang, kemahiran, & ilmu yang di kuasainya.

fizikalnya sama macam lelaki india yang lain. tapi ada sesuatu yang membezakan dirinya dari yang lain.
waktu awal-awal dia masuk kelas dulu, hari-hari lala kecut perut masuk kelas tu. hahaha.. sebab dia suka tanya soalan yang kadang-kadang lala tak sempat nak jangka. & kalu kita tak buleh nak jawab, akan ada unsur-unsur malu di situ. yela, dalam dewan kuliah yang besar. malu la cek. -_-"

pengalaman menuntut ilmu dengannya selama 1 sem rasa macam 1 perjalanan. lama kelamaan sesi kuliahnya terasa macam cicah garam belacan. * heh* jangan main-main. ada sesetengah part yang akan buat kita termalu sendiri. sebab sifat melayu yang ada padanya kalah diri kita nie yang 100% melayu. kelebihan buatnya di situ kerana di besarkan dalam pesekitaran masyarakat melayu. malah, dr siva juga penah menuntut di sebuah sekolah pondok di kelantan. mungkin atas faktor itu dia juga menguasai tulisan jawi dengan baik. tak silap lala dah 3kali tafsir al - Quran di ulang baca.

lagi satu, lihat cara dia berurusan dengan orang. ada adap, budi bahasa yang nampak sempurna dari kita yang melayu. nampak simple, tapi menarik. bagi yang mengenalinya, pasti faham apa yang lala cuba sampaikan.

dari situ, ada nilai murni yang lala dapat. & semoga dapat di adaptasi dengan baik oleh lala. :)
_______________

kenapa entry kali nie bercerita mengenainya : sebab besok exam subjek yang dia ajar tu, Dasar Luar Malaysia. T__T
jadi mari meng-wish good luck untuk diri sendiri, & kawan-kawan yang seangkatan.

Sunday, November 21, 2010

semperna besok nak peksa.

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

dengan ingatan tulus ikhlas, saya siti nur lala nak mintak angpau maap andai ada seayat dua bibir saya yang comel menuturkan kata-kata yang menyinggung hati, perasaan , jantung, limpa, & yang seangkatan dengannya.
maafkan saya.. 

semperna besok nak peksa, hari nie saya membesarkan perut dengan jayanya. makan ulang berkali-kali tanpa rasa besalah. konon, kalu tamakan tak buleh study. kata kuncinya- hidup tanpa diet- bak kata kak xora. -_-"

semperna besok nak peksa, pagi-pagi satg nak gigih cari nota. T__T.

semperna besok nak peksa, hari nie saya niat nak tido awal dari biasa. 

semperna besok nak peksa, hari nie saya nak carik kotak pensel  pen saya. :)

semperna besok nak peksa, hari nie saya baru tegedik  terdetik unk carik kad matrik saya. slip peksa pun tak print lagi. :)

ok. sudah, sudah. dah pukul 3.
mari membuat tahik mata. T__T


Tuesday, November 9, 2010

rapuh- opick.

lala baru je mengkhatam kau laksana bulan..
sebuah cerita yg di angkat dari novel karya aina emir.
sebenarnya cita nie dah lama, tapi biasala..  T__T
bak kata cikgu, tgk bukan tgk saja ye adik-adik. mana yg elok, amek la buat contoh.

Lirik Lagu : Opick - Rapuh
Opick - Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Sunday, November 7, 2010

beberapa perkara dalam perhatian.

mari menulis entry sementara kilang menternak tek mata di hentikan buat sementara waktu.  ^__^"

perkara 1 : saya rasa, saya suka gelak ketawa kuat-kuat. dah jd tebiat. tataw la kenapa boleh jd mcm tu. tapi lala akan rasa puas kalu boleh gelak sepenuh hati.. bg lala, galak gelak tu terapi. T__T.
ha..mcm nie la. ^^


perkara 2 : bagi lala, ibu mengandung tu comey. cuba bayangkan, bila ada manusia kecik konet kat perut kita tgh main guling-guling. bayangkan.bayangkan.  rasa nak senyum je kan bila tgk ada 'ball' kat perut si ibu mengandung. lagi satu, ibu mengandung nie seksi taw. tapi seksi yg sweet-sweet. :)

perkara 3 : kadang kadang ada orang cakap lala mcm budak-budak. contohnya, dulu masa keja kat tadika, tiap kali lala teman budak-budak tu main, mesti lala pun ikut main sama banyak dengan depa. lala pun pelik . yang lala taw, hidup nie pasti sunyi tanpa gelak tawa anak-anak kecil. agaknya, sebab tu kot lala suka budak- budak.

perkara 4 : lala takmo pakwe. lala nak kekasih halal. pendek kata, suami.*senyum simpul*

perkara 5 : jujur. kejujuran saya, boleh buat awak sakit hati.

perkara 6 : saya percaya, kesalahan adalah guru terbaik buat kita. kan kita selalu dengar, ada famous qoute ckp - learn from mistake-

perkara 7 : lala suka tulisan cina. & lala kumpul t-shirt yg ada tulisan cina. unik pada lala.  sebab tu lala minta mandarin class unk sem depan, tapi malangnya dah penuh. :(

perkara 8 : currently, i'm fall in love with pomander ball & paper lantern.

pomander ball






paper lantern.  kalu gantung dlm bilik msti cantek. :)


perkara 9 : i'm so sorry.


entry pendek-pendek. ketot-ketot. -_-"
itu sahaja buat masa sekarang.
till then.


Saturday, November 6, 2010

beauty with brain.

mari bercerita..
once upon a time...eh, tukar-tukar. nak cakap melayu jek. satg cikgu bahasa inggeris marah. ^_^"

lala nak kenalkan :

si cantek- nad nazira : siapa nie..? meh nak story mory.. kak nad nie sebenarnya lala kenal-kenal melalui blog dia je. dia lecturer di UTM, skudai.*kalu x silap la*.  dia buat lala jadik minat dgn bahasa inggeris. orangnya simple je, tp bagi lala buah fikiran dia membangunkan minda lala. cara dia nilai sesuatu tu yg penting, yg kadang-kadang orang lain x terfikir. melalui hasil-hasil tulisannya, dia banyak memberi input yg berguna. perkara yg susah dia mudahkan, yg senang dia ringankan. :)
* xda gambar dia, sbb x mintak izin.makanya x berani nak tempek gambar*

 si cantek- nor farhanna abd aziz : nie macik comel merangkap kawan baik lala sejak menengah rendah sampai sekarang. dia la yg selalu tadah telinga dengar lala pok pek. -_-" dulu kan, lala dgn dia suka parking punggung comel kami kat kerusi bawah pokok skolah kj. pastu dia nie kalu nak bg apa-apa kat lala, dia tak bg direct, tp dia akan letak dlm beg kolah lala. kdg2 kat celah buku. pastu bila mlm nak buat homework, tgk2 ada menda alah comel dlm beg.  pendek kata, dia selalu buat hati lala riang.

-nie la macik comel yg lala sebut td. anna.^^
masih menuntut di institud perguruan melaka.-

si cantek- taheera maarif : nie kak senior course Intaff. Intaff..? International Affairs Mngt. orangnya kecik molek. tetap mesra rakyat sampai skrg.dgn suma dia kawan xkira la foreigner, junior, lecturer. kalu ke kelas sekadar bergaya biasa-biasa, tapiiii.. result dia luar biasa.diam-diam dia  ubi terisi..*hooh*..
meh nak tunjuk.



antara anugerah yg dia dpt selama 3 tahun menuntut uum :
-anugerah Hadiah Buku Alumni Cemerlang
-Pingat Emas Tim. Naib Canselor
-1st class degree
-Anugerah Dekan unk 6 sem berturut-turut
-& beberapa lagi. lala lupa sudah.
= berkat kebolehan yg di tunjukkan, skrg dia d tawarkan sbg Tutor di UUM. :)

kak tera bersama tulang belakang kejayaannya. 

p/s : bersyukur mengenali mereka. mungkin bg orang lain mereka cuma biasa-biasa. tp bg lala, macik-macik comel nie ada kelebihan yg tersendiri. mendorong lala ke arah yg positif.

yang lala x sebut nama tu jgn  ngada-ngada nak kecik hati. len kali lala cita ye.. >_<"

till then. ngantuk sudah.. *-*











Thursday, November 4, 2010

xdapat berfikir, dengan waras.

ini budak sudah hyper tension. >_<".
namun saya bersyukur.

1. perihal exam  : seisi kampus uum sintok kecoh gara-gara final exam yg di tangguhkan atas faktor banjir.sepatutnya lala balik cuti sem 29 nov. tapi.. ikut jadual terbaru lala akan exam 22nov,24, 26, 9 dis,10,12, & berakhir 13 disember. & hujung disember dah kena daftar sem baru. jadi, bayangkan betapa singkatnya cuti sem km berbanding ipta lain. nak study pun jadi xdak mood kan. study week bertukar jd montly week.

2. salah faham : sejak-sejak mengalami fenomena ajaib ujung bulan lepas, lala bertukar jadik raksasa, yg comel. *heh*. sukar nak di jelaskan. tapi serius kalau ada yg salah paham/tanggapan kat lala. teruskan je la. lala sukaaaa hampa pk lala jahat. malas nak explain. penat. lelah. letih.

3. saya jadi fobia, dengan lelaki : okeh. simptom nie dah berhari-hari. timbul 1 macam perasaan, rasa takot nak berkomunikasi dgn lelaki. sapa yg cari pasai, naseb la kan. semua lala sembuq. sapa suh kacau sarang tebuan. kan da kena. kpd yg berkenaan. lala mintak maap. sebab..? tadak sebab.

4. berkurung dalam bilik : 1st skali, berkurung bukan sebab study. cek tadakkk mood nak berkeliaran di bilik kawan-kawan mcm slalu. lala buat apa pun lala tataw. -_-". 

5. facebook : tak terkawal. sukahati lala je nak letak statement panas2. sapa yg tasuka, anda boleh remove saya. lala takisah. pastu lelaju je kan lala reject org yg lala tak kenal..

p/s :    jujurnya, lala tak penah salahkan sesiapa atas apa yg terjadi. sebab pasti lala pun ada menyumbang kpd keadaan yg sedemikian. x manis la kan, yg xelok suma tuduh kat orang. lagipun apa yg jadi ada hikmah. mgkn kita x nampak sekarang..

         ayat tungging tebalik. faham xpe, xfaham sudah.

Wednesday, November 3, 2010

plan pagi buta, untuk masa depan.

-bismillahhirahmanirrahim.-
memandangkan ada mangkuk tingkat kacau tidur si lala, makanya.tetiba muncul idea ini.. >>>>.taraaa...!  
:
plan masa depan saya.  ^_^"

bagi lala, xsalah merancang sesuatu yg baik.


tapi sebelum tu.. make sure kena kawen dulu.


okeh, ini plan, aka rutin harian cik puan lala, bila berusia 30 tahun. :)

5.30 pagi   : bangun. menguap. mengeliat. mandi, solat subuh.
6.00 pagi   : kejut suami, masak simple-simple, basuh baju. kemas rumah.
7.00 pagi   : siap keperluan anak . masa nie anak da umor 4 taun, agaknya. sidai baju.  then, lala pun siap-siap nak p opis. *eceh*
7.30 pagi    : breakfast sama2 laki bini. ok, ada someone pesan : isteri keja jaga makan minum suami.itu penting. jgn biaq laki tekedek-kedek kat   dapur sorang2, melainkan kita ada halangan.
8.30 pagi    : p keja laki bini. drive asing-asing. bukan mengada. tp bedikari.
9-5 ptg       : balik keja. ustaz gadafi pesan, jgn singgah merata. balik umah dulu.
5.30 ptg      : rehat, mandi. amek baju kat ampaian.
6.00 ptg      : keluar dkt serambi depan umah, tgk anak main, kemas laman, siram pokok. suami balik keja.
6.30 ptg      : suami tgk anak, lala prepare makan malam. time nie baru masak hidangan lengkap.* keh3*
7- 8 mlm     : solat magrib berjemaah laki bini, makan malam, kemas dapur.
8-9 mlm      : dok depan tv sesama. lala lipat baju, iron baju keja siap2. laki tgk anak.
pastu solat isyak berjemaah. kalu boleh, dlm sehari at least sekali solat jemaah.
9.30-11 mlm     : tgk tv, masa nie la sembang2 hal rumah tgga dgn suami.then,  paksa tidokan anak.*kui3*
11-11.30 mlm   : tido.

** sebarang perubahan masa/ aktiviti bergantung pada keadaan atau situasi semasa.


ok x. ok x..??
p/s :  plan nie adh berdasarkan pemerhatian sekeliling. mana yg lala rasa sesuai, lala ikut buat contoh.
sebarang pendapat/ coment amatlah di alu-alukan. 
kalu xsuka, p main jauh-jauh. -_-"
sekian, wasalam.




sekadar ingin membesar-besaaar, sbg gadis biasa-biasa.

dulu, semalam.. saya punya angan.mahu tumbuh sbg gadis all in one. pendek kata, nak jd serba boleh.
tapi..tapi.. itu kisah semalam..
hari nie si lala nie da buang tebiat..
BERTUKAR...

v
v
v
v
v

jadi ini.si powefpuff girl. :)

lala yg rambut kuning. anna yg rambut oren.yg rambut itam tu makluk jahat..kui3.. *-*

tapi.. sebenarnya.bukan itu..

setelah dipikir-pikir.. lala rasa lala hanya sekadar ingin jadik gadis biasa. yang luar biasanya biar yang berkenaan je tahu.
ye la. ye la. sebab lala nak hidup mcm org lain jgk. kecap nikmat hidup, dalam skala yg sepatutnya.

xpe. pengalaman mengajar kita. lebih dewasa.

Tuesday, November 2, 2010

jalan yang berliku.

lala sedar ada beberapa orang yang risau keadaan lala.. huhu.

jangan risau, jangan khuatir, jangan bimbing.

-gadis kecil ini pasti bisa melewati saat- saat sukar begini denagan adanya doa kalian.-
&
pasti Allah punya rencana yang lebih baik, daripada ini.

Monday, November 1, 2010

selamat datang november.. pegi cepat-cepat la tragedi, oktober.

ini gambar kelender. kelender ini gambar.

jujur saya xsuka bulan sepuluh.sebabnya : selalu jadik tragedi oktober beberapa tahun kebelakangan nie. :(

1 oktober : rasa besalah bila tarikh nie muncul tiap2 tahun
(sebabnya : tataw mcm mana nak jelaskan. complecated sgt.)

5 oktober : kali petama rasa putus cinta.
(kawan yg terdekat taw la mcm mana meroyannya si lala time nie, musim exam time kot. lingkup la jgk result.)

31 oktober : bertahun menyemai cinta, akhirnya kata perpisahan juga yg kau pinta..
(nie tamparan yg cukup hebat. terduduk.gelapnya dunia.bila teringatkan berakhirnya sebuah cinta.)

bulan 10, 2002 : arwah ayah sakit tenat.
(baru tingkatan 1 waktu tu, abg zaki tingkatan 5. duduk la lala,abg zaki & arwah ayah kat umah tu. mujur ada abg sulung & adek badek len yg membantu)
rumah peninggalan arwah : kdg2 2 tahun sekali baru lala jejak rumah tu, sebak d buatnya.

*sebu. sebak. sendu*
xnak menyalahkan sesiapa, dah itu takdir NYA. maka redholah hendaknya.

nuff