tabung ho ho :)

Tuesday, November 23, 2010

Dr. R. Sivaperegasam P. Rajanthiran. :)

Dr. R. Sivaperegasam P. Rajanthiran..? siapa tu..?

beliau ialah pensyarah lala. merupakan seorang pensyarah kanan di UUM College of Law, Government and International Studies.

dalam banyak-banyak pensyarah, bagi lala dia cukup menarik. maksud lala, menarik dari segi latar belakang, kemahiran, & ilmu yang di kuasainya.

fizikalnya sama macam lelaki india yang lain. tapi ada sesuatu yang membezakan dirinya dari yang lain.
waktu awal-awal dia masuk kelas dulu, hari-hari lala kecut perut masuk kelas tu. hahaha.. sebab dia suka tanya soalan yang kadang-kadang lala tak sempat nak jangka. & kalu kita tak buleh nak jawab, akan ada unsur-unsur malu di situ. yela, dalam dewan kuliah yang besar. malu la cek. -_-"

pengalaman menuntut ilmu dengannya selama 1 sem rasa macam 1 perjalanan. lama kelamaan sesi kuliahnya terasa macam cicah garam belacan. * heh* jangan main-main. ada sesetengah part yang akan buat kita termalu sendiri. sebab sifat melayu yang ada padanya kalah diri kita nie yang 100% melayu. kelebihan buatnya di situ kerana di besarkan dalam pesekitaran masyarakat melayu. malah, dr siva juga penah menuntut di sebuah sekolah pondok di kelantan. mungkin atas faktor itu dia juga menguasai tulisan jawi dengan baik. tak silap lala dah 3kali tafsir al - Quran di ulang baca.

lagi satu, lihat cara dia berurusan dengan orang. ada adap, budi bahasa yang nampak sempurna dari kita yang melayu. nampak simple, tapi menarik. bagi yang mengenalinya, pasti faham apa yang lala cuba sampaikan.

dari situ, ada nilai murni yang lala dapat. & semoga dapat di adaptasi dengan baik oleh lala. :)
_______________

kenapa entry kali nie bercerita mengenainya : sebab besok exam subjek yang dia ajar tu, Dasar Luar Malaysia. T__T
jadi mari meng-wish good luck untuk diri sendiri, & kawan-kawan yang seangkatan.

2 comments:

  1. lala

    nah amek ni link fbdr siva.

    dia pasti bangga dgn bila entry kamu ni. hehe



    http://www.facebook.com/profile.php?id=826093663

    ReplyDelete

nuff